keluargaku

keluargaku

Sunday, October 12, 2008

Kenangan lama......

Aku masih belum bertemu lagi dengan kekawan lama semasa di SMSJ dulu....namun dari email-email , sms-sms, telephones called dan chat-chat dengan kekawan ini, menyemarakkan kembali kenangan-kenangan lama .
Namun begitu aku msih belum dapat contact Noraini, Rohana, Roziah dan Jamaiyah , dan semua kawan perempuan eng-medium. Tapi masa aku di JB dulu, aku ada jumpa dengan Aliah Hussin beberapa kali (pernah pergi ke rumahnya di Tmn Teratai..) Norlida pula aku jumpa sekali, masa tu dia tengah ngandung, kalau tak salah dia kata dia tinggal di Subang (masa tu majlis kahwin sapa aku tak ingat). Norela pula aku jumpa masa perjumpaan alumni SAJOHA di smsj. Suaminya senior kita batch Lokman (kalau tak silapla)Yg lain-lain memang tak jumpa langsung...aku paling nak jumpa Hafizah Awang.......puas aku redah Kg. Istana , Batu Pahat, cari Hafizah, cuma jumpa emak dan ayah nya sahaja yang ada dan kak Yam (mak saudara dia). Dulu masa sekolah, aku close dgn dia sbb selalu singgah rumah dia di Jln Langkasuka Larkin seblum balik ke Tg Sedili. Emak ayah nya baik sangat, aku ni dah jadi macam anak diorg. Noraini Samin pun sama, dari aku anak dara, sampai dah anak dua aku singgah rumah dia kat tepi jalan bakri , Muar(masa tu highway tak siap lagi).Masa aku anak dua tu, emaknya dah uzur....dia nangis bila tengok aku....lepas tu aku singgahlak masa anak no 2 masuk Sains Muar(aku tengah ngandung anak n05).Noraini tinggal berdua dengan adik perempuannya tinggal di rumah pusaka tu.....
Aku ni masa sekolah dulu suka ikut kawan-kawan balik rumah dia org. Antara rumah yg aku pergi ialah rumah Azida Aziz (kat Sg Abong, Muar), rumah Aliah Hussin (Kg Melayu Kluang), rumah Zauyah (Kg Palembang Kluang), rumah Arbakyah dan Latifah (Felda Air Hitam), rumah Hafizah Awang (Larkin JB).
Dengan budak lelaki....biasala...masa tu dia orang ni tengah anti pompuan (macam kata usop tu)
Jadi tak berani nak tegur pun, kalau bukan kelas sendiri. Yang kelas sendiri pun berapa kerat je yg berani bercakap....takut kena ejek. Dengan Kamisan, Gajah, Jamil Sien, Razak, Tumiran...adalah gurau-gurau sikit...mokhlis pun aku kacau (sbb dia pendiam sangat).Tapi yg selalu sangat kacau aku ialah, gajah dan Januri. Sayang sungguh gambar-gambar masa ting 1 hingga ting 5 habis di makan anai-anai (tinggal di kampung). Yang terselamat gambar masa tingkatan enam je...nanti aku cari dan minta tolong suami scan kan....aku ni bukan pandai sangat teknologi-teknology terkini ni.

5 comments:

Member Hj Md Sirat said...

Bagai buah, kena jolok baru jatuh!!. Aku sound minta update blog baru lah ada. Kecik-kecik kaki rayap gak kau ni..
Camna pun ia mengingatkan aku kenangan sejak 1974 dulu..

Member Hj Md Sirat said...

Aku cadangkan kau tulis blog ni dgn masukan gambar-gambar. Aku pun baru perasan yang blog aku pun macam kau punya jugak. Ceritanya panjang. Sekarang aku akan tulis pendek je. Tapi kalau boleh selalu tulis macam Sukimin. Jadi orang akan minat baca.
Aku cadang kau tulis pasal resepi rahasia kau la.. share..pahala tu!!

kembara kelana said...

fati
baru aku kesempatan melawat blog kau...oklah tu, kau ada banyak masa untuk update dia...aku kena curi masa, memang aku tak rapat dgn permepuan sebab masa tu takut kena ejek, aku baru tau azida budak muar...kawan kawan kau ramai orang muar...aku tau geng lelaki jer..zaman tu kita semua pemalu kan...perempuan pun malu jugak..tapi aku ada kes...dimalukan...tu yang terbantut aku nak kawan dgn perempuan tu...biarlah menjadi rahsia aku...
fatimah
kau memang friendly dan mencari kawan, tak semua orang macam kita tau, kau, aku mimbar, sukimin, said adalah contoh...yang lain lain tu bukannya apa dia orang sibuk...nanti aku nak dengar suara kau..aku akan sms kau dulu sebelum aku call..tengok line macamana..
ok fat , salam
sop

Azida said...

Kau masih ingat banyak kenangan ya... Rasanya aku ada sikit-sikit gambar lama kita kut... Aku cuba cari n minta staff aku scankan.

Azida said...

Fati....Kau jumpa mak dan ayah hafizah, tanya tak hafizah kat mana. Dia sama dengan aku dulu buat diploma in accountancy di UiTM. Pas grad terus lost contact.