keluargaku

keluargaku

Wednesday, September 24, 2008

Selamat hari raya......

Aku mulakan salam perkenalan kembali setelah 30 tahun dengan ucapan selamat berpuasa dan insyaallah menyambut raya tak berapa lama lagi. alhamdulillah , terima kasih kat mimbar kerana susah payah cari aku.
Aku baru pindah dok Tg Malim 2tahun dari UTM JB. Suami ngajar kat UPSI lak. Aku dah pencen , malas nak ngajar dah, ngajar anak kat umah aje. Anak ada 5, 4 pompuan , 1 je lelaki. Belum ada cucu lagi, anak no. 2 baru grad, yg sulong belum balik dr australia lagi, no 5, tgh tadika.....
Masa di Jb dulu aku pernah jumpa zaiha (masatu dia dok di Tmn Daya ), zubaidah( dok di BB Uda), pas tu bibah di kota tinggi, anak dia kahwin aku pegi(bibah keja kat bekalan air kota). Dia tinggal di Felda Bkt Waha. Aku cari Bakyah di Kluang, mula dia ngajar kat smsj, lps tu pindahsekolah kat gunung lambak.Aku pi haji saing dgn bakyah thn 2000. Tahun 2002 hantar anak pi Sains Muar, jumpa Noraini Samin, dia ngajar kat situ (ngajar bio). Aliah Husin pulak ngajar kat sekolah Tmn Universiti (berdepan dgn umah aku masa di JB). Member lelaki lak, selalunya aku susah sikit , samada dia orang segan nak tegur aku atau dah tak cam aku. Azman dulu ngajar satu sekolah dgn aku di Tmn Tun Aminah, tapi dok sipu-sipu nak cakap dgn aku, sama mcm kat sms dulu, pendiam.Heh ramai gak yg aku jumpa , tapi tulah bila pindah, habis no phone lama-lama tu hilang atau pun terselit kat mana-mana(sebab ada kotak yg masih belum di buka lagi).
anyway, aku memang teringin sgt nak jumpa dgn kau orang , nak tengok perubahan-perubahan semulajadi (kita makin tua kan ). Semoga di panjang usia kita semua. Amin.

No comments: