keluargaku

keluargaku

Tuesday, October 28, 2008

Kawan Lama

Gambar kenangan Ting 6 atas 1980...siapa yg tengah mendepa tangan tu?

Geng budak pompuan 6 atas .
Duduk di belakang dari kiri, alimah, fatimah, norlida, Nelly (dari smsmelaka)
Duduk didepan dari kiri, noraini, arbakyah, aini, rosnah,zauyah dan...tak ingat nama sbb sekejap sangat berkawan.



Syawal sudah hampir kepenghujungnya. Setelah Mimbar menemui aku kembali dipenghujung ramadhan yang lalu, semakin ramai rakan dan taulan SPM/MCE 1978, yang dapat dihubungi. Semakin meriah rasanya kehidupan seharian dengan email-email, sms-sms, panggilan tel. dan chat dari kawan-kawan. Anak-anak mula mencemburui aku bila tel aku tak sunyi berdering mengalahkan orang yang tengah asyik berpacaran...... hehehe...kawan mama lah tu, rungut si kecil. Aku akan mula bercerita dgn mereka tentang peristiwa-peristiwa lucu, gembira dan sedih ketika di smsj dulu. Ada yang tidak dpt diceritakan dlm blog....namun ia tetap tersimpan dihati...sebagai kenangan abadi.
Kedatangan 13 Dec nanti amat aku nantikan. Semoga tiada aral yang melintang.Kepada kawan-kawan yang masih tidak dapat aku hubungi seperti Noraini Samin (berpuluh kali aku sms dan called), Aliah Hussin, Hafizah Awang, Rohana, Jamaiyah, Norlida, Norleha, Huey Wuan, semoga Allah menggerakkan hati mereka untuk menjengok blog smsjohorkluang ini kerana aku benar-benar rindu dan amat teringin bertemu dengan kalian. Kepada kawan-kawan yang telah respond terima kasih yang tidak terhingga kerana masih sudi berhubung kembali.

2 comments:

Azida said...

Salam. Seronoknya bersama kawan2. Aku kat Sekolah Tun Fatimah JB masa tu sorang je... Siap kena orientasi lagi sebab pelajar baru... Masa tu seronok juga sebab semua perempuan.. dengan cikgu pun nak jwb atau nak tanya soalan tak perlu malu2, tak perlu susah hati takut kena ejek...

Nanti aku share gambar aku di STF tu. Masa ti Tengku Azizah tu tkgtn 6 atas di sana.... Kami siap kena hafal namanya yang panjang tu... Aku ingat lagi sampai ari ni. Tengku Azizah Maimunah Iskandariah

kembara kelana said...

timah
kau namakan diri kau fati, suami kau panggil sayang kut, aku suka panggil kau timah jer...baru rasa tradisonal sikit.
anyway kau...punya blog, makin berisi sekarang...aku memang letih sejak laptop aku out..aku update kat cc jer