Nur Syakireen, aku dan cikgu kelasnya (cikgu Naziroh) sedang meneliti laporan prestasi anakku, selepas majlis penyampaian sijilnya.
Pada tarikh itu, anak yg bersekolah mula cuti panjang. Anak aku yg kecil sekali Nur Syakireen menghadiri majlis konvokesyen tadikanya di Pusat Kecemerlangan Kanak-Kanak UPSI. Seronok menyaksikan keletahnya di majlis tersebut.
Setelah selesai majlis tersebut, aku bergegas pulang ke rumah kerana sudah berjanji dengan suami hendak menziarahi kawan lama Hafizah Awang di Shah Alam. Setelah 30 tahun , inilah pertemuan kami yang pertama.Allah memakbulkan doaku untuk dapat bertemu dengannya. Kebetulan ibu Hafizah ada di rumah, menambah kegembiraan dihatiku kerana semasa aku bersekolah di smsj, rumah beliau adalah transit aku sebelum pulang ke Tg Sedili (ayahnya bimbang aku sampai ke kg malam2). Malangnya ayah hafizah sudah tiada, hanya ibunya yang penyayang yang ada. Alhamdulillah kerana masih sempat utk berjumpa dgn nya setelah sekian lama...dan dia masih mengingati aku.Beliau mengatakan aku tak berubah....
Dan di rumah hafizah juga aku dapat menemui Azida bersama suaminya dan anak lelakinya. Dia seperti aku, ingin menemui Hafizah apabila mengetahui telah ditemui oleh Norsham. Azida tetap macam dulu, ceria, buat aku tak kering gusi....
Setelah lebih 2 jam di rumah Hafizah, aku bergegas ke KL, kemudian ke KLIA untuk menyambut kepulangan anak sulungku yg telah menamatkan pengajiannya di Australia....alhamdulillah dia telah berjaya menjadi seorang doktor. Semoga dia dapat menaburkan jasanya kepada orang ramai kelak.
Begitulah 15 Vov. 2008 lalu yg akan terpahat di dalam catatan kenanganku sepanjang hayat.
1 comment:
Salam. Wah ada entri baru.. seronoknya tgk gambar2. Terpaku tgk gambar orang berpelukan belakang anak fatti tu...hehehehehe
Post a Comment