keluargaku

keluargaku

Thursday, January 31, 2013

Mengemas

Bila Iqah dah habis sekolah dan Wan dah habis buat degree kat UIA, mereka mula duduk di rumah dengan segala barangan mereka, baru perasan yang kami kekurangan almari untuk simpan baju dan peralatan depa. Mulalah aku membebel kat pakwe ni nak almari tambahan. Ditambah lagi dengan buku-buku Ein dan Amilia yg makin banyak, semak rasanya aku tengok rumah aku ni....

Aku ni satu feel pulak, bila tengok rumah semak, kepala aku pun semak sama. So, disebabkan baru tukar kereta, almari kena KIV dulu... bulan lain pulak, kata pakwe aku. Berserabutlah kepala aku!

Aku ajak anak-anak kemas semua almari yang ada. Mana baju lama yg dah tak muat dan tak nak pakai, kami bubuh dlm kotak, boleh sedekah kat mana-mana. Akhirnya, dapatlah di sembunyikan dulu baju-baju wan tu dalam almari di bilik along dan Iqah di bilik Ana. Tak pelah depa share kejap.

Tulah , bila anak-anak duduk asrama, tak perasan betapa banyaknya barangan dia orang, bila dah di angkut balik kerumah, baru tau!

2 comments:

Zanans said...

Elok juga baju2 lama bg kat org yg perlu, klu buang membazir pulak kan kak... za pun rasa nak buat operasi sementara budak2 xde kat rumah senang nk kemas.

Aku Dan Kalam said...

Saya selama ini pening kepala dengan pakaian yang tidak dipakai lagi, mahu diberi kepada siapa. Pakaian kecil anak, bolehlah bahagi pada anak-anak buah tapi pakaian lama saya dan suami bertimbun tidak tahu mahu beri kepada siapa. Akhirnya suatu hari kawan baik saya bercerita tentang saudara maranya di kampung yang hidup dalam kedaifan. Kesusahan hidup mereka sehinggakan terpaksa bergilir baju yang sedikit jumlahnya untuk dipakai dalam seminggu. Berita baik buat aku dan suami kerana akhirnya kami dapat 'membuang' pakaian lama kami dengan menggembirakan orang lain!