keluargaku

keluargaku

Monday, July 2, 2012

Hujung Minggu Yang Sibuk

Fuh!..... hujung minggu lepas ( 30 Jun dan 1 Julai) rasa macam nak" memar" badan ni.
Hari sabtu tu, pepagi buta pakwe dah sebok nak pi siapkan pameran alat-alatnya sebab ada Tim. Menteri nak datang UPSI. Yang aku bersiap nak pi kat Iqah di asrama. Iqah dah dekat dengan SPM nya, so aku kena beri perhatian lebih kat dia. Pi kat Iqah, bawakan makanan dan sebagai.
Di sekolah Iqah, aku terjumpa kawan lama masa kat MPPM. Rupa-rupanya dia dok mengajar kat sekolah Iqah selama ni, aku dok berulang alik, dari Iqah form 1 dan sampai form 5 ni, ni lah baru berjumpa!Subhanallah.... apalagi, mcm bebudak le kami punya seronok...potpet potpet.... tak sedar dah pukul 12.00 tengahari!
Rushing balik rumah, pakwe dah tunggu nak pi wedding kat Proton city.Terus pi....makan lebih kurang, kami rushing pulak ke UPM, Serdang kerana ada satu lagi wedding anak kawan. Kat sini pulak bertembong dengan sajohan , Prof Ghizan dan isterinya... baru nak cedok nasi nampak pulak jiran lama masa di Taman Sri Pulai JB yg dah pindah ke BBBangi...... potpet potpet, tukar no phone dan sebagai.... nampak pulak kawan masa kat Stoke-on Trent, UK.... dah potpetpet pulak dgn dia.
Itulah hikmah walimatul urus ni...memanjangkan tali silaturrahim....
Hampir pukul 4 ptg kami beredar, terus ke Kajang kerana along ajak berkumpul di rumah Ana pulak! Sementara tunggu depa sampai, aku ajak pakwe singgah ke kedai sajohan ,dato' Ahmad redza ( Ain Furnishing). Ada mega sale...sempatlah sambar kain langsir roman blind....hehehehe
Malam tu kami pi dinnner kat Ana Ikan Bakar Petai di BBBangi...Ana kena belanja pulak..... hahahaha
Ein kata nama kedai ni sama dgn kak Ana, so kak Ana kena belanja.... Malam tu kami balik Tg Malim , sampai pukul 12. 30 tgh malam.
Esoknya, pepagi buta dah bertolak pulak ke Pekan Pahang, ada wedding anak kak Tina ( sajohan jugak) . Ramai sajohan yang menghadirkan diri. Lepas wedding , aku singgah rumah ayah, jengok ayah . Rupanya ayah baru kena gout pulak, dah tak boleh nak ke surau. Aku ajak pi klinik dia tak mau, katanya ubat dah ada kat rumah. Lewat petang, kami bergerak ke Kuantan sebab esoknya pakwe ada kerja di Kuantan.
Esoknya pulak, bila pakwe nak pi ke tempat dia nak observe students, dia drop aku kat shopping complex, so raya hindulah aku kat situ! Tengah syok window shopping, Ana called kata dia kat KPJ Kajang, doktor nak operate dia punya 'cyst' kat dadanya...... gelabah jugak aku! Nasib baik pakwe called, then aku suruh pakwe called Ana.
Pukul 3 ptg, pakwe siap kerjanya, kami rushing balik dan terus ke Kajang. Sampai di KPJ, Ana baru di tolak masuk ke OT, so kami tunggu dia sampai dia keluar dari OT. Hampir pukul 9 malam baru dia di tolak keluar dan terus di masukkan ke wad. So kami mengikut dia ke sana...... buk bak buk bak....pukul 11 kami bertolak balik ke Tg Malim, singgah RnR rawang utk solat dan makan. sampai rumah  terus gosok baju sekolah ein dan amilia nak sekolah esoknya......

2 comments:

Zanans said...

Kejap je dh hujung minggu kan kak fati, nextweek dh bulan puasa.. Slmt menyambut ramadan, semoga kita sihat dn kuat menjalani ibadah puasa dn terawih

fati said...

Haah lah za....ni esok nak ke PD pulak.... next weekend anak-anak semua balik nak buka puasa pertama di rumah. Semoga Allah mempermudahkan dan memberi kekuatan untuk kita menjalani ibadah di bulan ramadhan nanti....