keluargaku

keluargaku

Sunday, July 15, 2012

Hujung Minggu Sebelum Ramadhan

14 Julai....birthday along . Dia seronok sangat sebab first time birthdaynya jatuh pada hari minggu. Dia dah siap booked apartment kat PD, nak ajak kami dan adik-adiknya celebrate bersama birthdaynya.Kami dah seronok lah ni....
Tup, tup, ...last minute Ana called dia tak boleh join sebab kena hadir bengkel 'wajip' oleh KPT untuk students PhD pada tarikh tu, then Iqah pun tak boleh balik rumah sebab bengkel untuk SPM dah start..... sian kat along. Tapi aku pujuk along, sebab nanti week end hari pertama puasa, depa semua balik nak puasa dan berbuka di rumah aku,.... so boleh celebrate lagi.
Jadi kami pi jugak ke PD, sbb along dah booking apartment, dan dah lama rasanya tak bawak budak-budak ni main air. Wan, ein, amilia, aku dan pakwe, along suami isteri...ok lah! Aku bawa electric grill , nasi minyak, ayam masak merah n acar.( termasuk sebiji kek secret resepi untuk along)  Along beli ayam, lamb, beef  yang dah siap diperap dan hotdog untuk bbq (dlm appartment je!).
So, petang tu, kami semua pi main air dan mandi manda, tinggal pakwe tu kat bilik sbb dia kena baca tesis  student PhD. Hari isnin nak pi 'viva' student ni di USM pulak.... Maghrib, kami balik bilik, lepas solat, kami start grill ayam dan lamb. Kat luar banyak bbq di tepi pantai, sebelum kami naik, depa dah dok kipas-kipas api untuk bbq depa... bila kami dah siap makan bbq kami, depa ,masih dok kipas-kipas api bbq depa....hahahaha senang betul pakai grill lektrik nii..... tak lenguh tangan nak kipas-kipas dan tak pedih pun mata kena asap!

3 comments:

Zanans said...

dekat2 je dgn tarikh lahir kami 2 beranak... za 12hb, anak pompuan 15hb semalam... rasa sedih pulak tk dpt selebret dia yg jauh di perantauan.

apapun, za doakan semoga akak bahagia sll brsama keluarga trsayang...

apa khabar abg z kita ye? dgr cerita keadaan dia tk berapa baik... cepat sembuh hendaknya.

fati said...

Mekasih za...
Tntg abg Z tu akak x berkesempatan lagi nak ziarah dia. Cuba Za masuk blog smsj 78, ada bong masukkan cerita tentang abg Z tu...

che mid said...

Salam Ramadhan kak Fati, terima kasih sudi singgah 'umah' che mid..

akak jgn salah sangka pulak ya, mid ni 'nobody' je la.. tukang sibuk je lebih he he