keluargaku

keluargaku

Friday, February 17, 2012

Lega....

Ni dah masuk minggu  ke 3 bulan feb. Tak lama lagi masuk mac. Tinggal 2 bulan je lagi untuk uruskan hal majlis kawin Ana.
Pukul 11 malam tadi pi bincang dengan katerer. Nasib baik katerer ni jenis senang kira. Kira dah confirm lah dgn katerer ni. Makan malam lepas nikah, breakfast dan menu masa majlis resepsi, termasuk kuih muih dan minuman panas. Lega..... selesai satu bab!
Pukul 4 ptg tadi, settle kan pulak hal kerusi meja di dewan dan di rumah ( untuk majllis nikah). Kemudian tetapkan warna tema di kedua-dua majlis. Siap bawak contoh warna kain..... Fuhh! lega....satu bab lagi dah selesai....
Sebenarnya, bukan senang nak buat keputusan untuk memilih katerer ni. Pelbagai aspek perlu di fikirkan. Dan yang paling penting dia tak terlalu rigid dan berkira .Sebab tulah baru hari ni baru kami dapat settle kan bab ni. Harap-harap week end ni kami dapat settlekan tentang bilik tidur  Ana pulak....

No comments: