keluargaku

keluargaku

Tuesday, February 21, 2012

Sakit kepala

Selesai solat subuh seperti biasa zikir kejap, sementara tunggu anak dara kecik tu mandi untuk ke sekolah. Tiba-tiba aku rasa mata aku berpinar-pinar, gelap sekejap dan dahi mula memercikkan peluh. Terpaku aku sekejap. Perlahan-lahan aku meneruskan zikir sambil menahan mual dan pening.
Bila anak dah selesai mandi kami turun kebawah untuk aku buat sarapan dan anak dara tu pakai baju untuk ke sekolah. Ayah dia baru balik dari surau. Aku buat kerja dengan senyap sebab kepala berdenyut-denyut.
Aku beritau pakwe tu yang aku pening, so dia kata takpelah dia drive anak ke sekolah.
Bila balik dari hantar anak, aku baring je di kusyen...rasa pening lagi. Pakwe pulak bersiap untuk ke rja. Dia hanya minta aku buatkan air neslo...aku bangun dan buatkan. Lepas tu aku baring lagi, kepala berdenyut-denyut.
Pakwe bersarapan sesorang...selalunya kami bersarapan bersama. Dah siap semua, dia pamit untuk ke tempat kerja..Aku gagahkan diri menghantarnya ke muka pintu.
Aku baring semula di kusyen, mata tak mau pejam, tapi kepala masih rasa berat. Tak boleh jadi ni, aku gagah kan diri bangun, buat nescafee O panas. Bakar roti dan sapu butter dan sekaya tebal-tebal lalu aku makan. Aku ambil pula 3 biji pisang mas, dan makan. Baru aku rasa kuat sikit. Aku telan panadol jugak...Aku terus selesaikan urusan rumah tangga dengan perlahan-lahan.
Selesai hantar anak ke sekolah agama di sebelah petang, aku tidak terus pulang ke rumah. Aku singgah di salon rambut. Aku suruh amoi tu cuci rambut aku. Yang sebenarnya aku nak dia urut kepala aku. Amoi ni memang aku suka untuk cuci rambut aku sebab dia bukan saja cuci rambut tapi dia akan urut  kepala, tengkok, bahu dan bahagian belakang sekali hingga ke pinggang. Lega sungguh aku, kepala rasa ringan je bila amoi tu dah siap tugas nya.
Kalau nak suruh pakwe tu urut.... hmmmm makin pening jadinya!

Friday, February 17, 2012

Lega....

Ni dah masuk minggu  ke 3 bulan feb. Tak lama lagi masuk mac. Tinggal 2 bulan je lagi untuk uruskan hal majlis kawin Ana.
Pukul 11 malam tadi pi bincang dengan katerer. Nasib baik katerer ni jenis senang kira. Kira dah confirm lah dgn katerer ni. Makan malam lepas nikah, breakfast dan menu masa majlis resepsi, termasuk kuih muih dan minuman panas. Lega..... selesai satu bab!
Pukul 4 ptg tadi, settle kan pulak hal kerusi meja di dewan dan di rumah ( untuk majllis nikah). Kemudian tetapkan warna tema di kedua-dua majlis. Siap bawak contoh warna kain..... Fuhh! lega....satu bab lagi dah selesai....
Sebenarnya, bukan senang nak buat keputusan untuk memilih katerer ni. Pelbagai aspek perlu di fikirkan. Dan yang paling penting dia tak terlalu rigid dan berkira .Sebab tulah baru hari ni baru kami dapat settle kan bab ni. Harap-harap week end ni kami dapat settlekan tentang bilik tidur  Ana pulak....

Wednesday, February 8, 2012

Pecah

Kenapa sejak akhir-akhir ni aku jadi 'clumsy' sangat.
Hari  tu masa pi Shah Alam, singgah makan kat kedai mamak. Cuma air pakwe je yang guna mug kaca, yang kami 4 orang, dapat cawan plastik. Tapi bila time nak bangun selesai makan, tup-tup mug pakwe tu aku terkibas dgn handbag, berderai pecah! Malunya!! Semua mata pandang ke arah aku... dgn muka sedih, aku tanya mamak tu, kena bayar ke? Mamak tu geleng2 kepala saja.....

Lepas tu pi pulak shopping barang dapur dengan anak teruna aku. Pakwe tak ikut. Bukan main dengan bersemangatnya aku angkut botol-botol sos cili, tomato, tiram, cuka dan kicap. Tapi tah macam mana aku boleh terlepas botol kicap tu..... jatuh berderai depan kaki aku! Habis seluar dan sandal aku kena kicap...anak teruna aku tertegun tengok aku! Mak ai! dengan muka sedih aku tanya pekerja supermaket tu..... nak kena bayar ke? Budak India tu geleng-geleng kepala je....takpe katanya, kita mau kasi cuci itu lantai! Eeee malu nya aku......

Lepas ni aku tak taulah...apa pulak yang akan aku pecahkan.......