Semasa majlis perkahwinan kami 28 tahun yang lalu, daerah aku dilanda banjir teruk, maklumlah bahagian pantai timur. Walaupun kawasan rumah ku tidak di naiki air, tapi jalan untuk masuk ke kampungku banyak di naiki air, hanya kenderaan berat je yang boleh lalu. Suami ku dan adik-adiknya terpaksa naik lori untuk sampai ke rumah kami.... sampai sekarang kalau bercerita tentang majlis kawin kami, incident itu pasti akan di sebut.
Sedara mara yang tolong rewang masa tu semuanya tidak berkasut kerana kaki mereka disaluti selut dan becak. Suamiku tak dapat di arak dan berkompang semasa majlis bersanding, terus di usung masuk kerumah untuk bersanding...
Dan pada hari ini, hari khamis 8 December 2011,hari dan tarikh yang sama cuma tahun yang berbeza, genaplah 28 tahun usia perkahwinan kami.
Syukur alhamdulillah, dengan rahmat dan limpahan kurnia Allah yang menganugerahkan kami dengan kebahagian yang berpanjangan .
Agar ianya terus berkekalan hingga keakhir hayat kami.....
Ameen.
7 comments:
Assalamualaikum, salam kenal :)
Wa'alaikum salam warahmatullah....
terimakasih kerani sudi singgah ke blog saya yg tak seberapa
tumpang bergembira....
tumpang bergembira....semoga kebahagiaan sentiasa menjadi milikmu selamanya dan hingga ke akhir hayat....
Blogwalking for today... ^^
Wahyudi Blog
terimakasih 'sesalju qasihku', moga terus sudi singgah di blog ini
This is a better-quality article as they all are. I make fun of been wonder wide this an eye to some beat now. Its great to receive this info. You are fair and balanced.
Volkswagen Golf AC Compressor
Post a Comment