keluargaku

keluargaku

Friday, December 23, 2011

Sekolah

ni masa form 6 kat SMSJ
Sejak result PMR keluar dua tiga hari sudah, masing-masing sebok membicarakan sekolah mana yang terbaik result PMRnya di seluruh negara. Sekolah aku dulu  iaitu Sek Men Sains Johor Kluang, dikabarkan sebagai sekolah terbaik seluruh Johor tahun ini ( mengalahkan STF). Tahniah kepada semua yang terlibat...aku pun tumpang bangga sebab itu sekolah aku dulu.
Aku adalah 2nd batch SMSJ dulu yang mula beroperasi sekitar 1973. 1974 aku di tawarkan ke SMSJ, masuk tingkatan 1. Masa tu, orang tak kenal SMSJ ni...oarang hanya kenal STF, KTC,STAR, SDAR, Sri PUTERI dan yang seangkatannya. Kalau dapat masuk sekolah-sekolah ni bangga giler mak bapak.
So, bila aku hanya dapat masuk SMSJ, rasa jugak sedikit terkilan masa tu, sebab di hati mengidamkan STF. Tapi alhamdulillah...SMSJ semakin hari semakin meningkat prestasi nya baik dari segi akademik atau pun ko-konya. Sekarang ni ramai bekas-bekas pelajarnya menjadi orang penting di dalam negara. Dan kini SMSJ adalah satu nama yang dikenali seluruh negara...tahniah SMSJ...aku bangga kerana pernah menjadi warganya....

Monday, December 12, 2011

Sireh Junjung

Minggu lepas , 10 Dec, jiran sebelah rumah buat kerja kawin anak perempuan sulongnya. Macam aku dulu masa kawin along, masing-masing tak ada pengalaman untuk mengurus majlis kawin. Nak harapkan adik beradik dan saudara mara, semua nya duduk jauh.
So dia minta tolong aku buatkan sireh junjung untuk hantaran nikah anaknya. Gelabah jugak aku, aku ni bukan pandai sangat, takat tolong bantu sikit-sikit orang buat tu adalah. Kalau belah aku selalunya akak ipar akulah yang buatkan. Menantu dia pun pandai jugak...jadi aku selalu lepas tangan bab sireh junjung ni, serah kat depa je.
Jadi inilah sireh junjung yang aku buatkan untuk jiran aku tu...ikut tema depalah , kuning  dan krim gitu....

Wednesday, December 7, 2011

Detik Berulang

Hari Kamis 8  December 1983 selepas waktu zohor ,  aku di nikahkan dengan 'dia', dengan maskawinnya sebentuk cincin emas berwalikan ayah kandungku. Fuh! Semuanya jelas terbayang walaupun sudah 28 tahun detik itu berlalu. 'Dia' mengenakan sepasang baju melayu putih, berkain samping songket hitam. Aku pula memakai kebaya labuh lace putih .....

Semasa majlis perkahwinan kami 28 tahun yang lalu, daerah aku dilanda banjir teruk, maklumlah bahagian pantai timur. Walaupun kawasan rumah ku tidak di naiki air, tapi jalan untuk masuk ke kampungku banyak di naiki air, hanya kenderaan berat je yang boleh lalu. Suami ku dan adik-adiknya terpaksa naik lori untuk sampai ke rumah kami.... sampai sekarang kalau bercerita tentang majlis kawin kami, incident itu pasti akan di sebut.

Sedara mara yang tolong rewang masa tu semuanya tidak berkasut kerana kaki mereka disaluti selut dan becak. Suamiku tak dapat di arak dan berkompang semasa majlis bersanding, terus di usung masuk kerumah untuk bersanding...

Dan pada hari ini, hari khamis 8 December 2011,hari dan tarikh yang sama cuma tahun yang berbeza,  genaplah 28 tahun usia perkahwinan kami.
Syukur alhamdulillah, dengan rahmat dan limpahan kurnia Allah yang menganugerahkan kami dengan kebahagian yang berpanjangan .
Agar ianya terus berkekalan hingga keakhir hayat kami.....
Ameen.

Thursday, December 1, 2011

Aktiviti cuti sekolah 2

Tak sedar dah 2 minggu cuti sekolah berlalu.
Di Perak ni durian tengah melambak. Demam dan influanza pun tengah merebak.
Weekend sudah anak menantu balik rumah, demam.....
Kami berkumpul di Tapah, anak sedara kawin, orang jamu macam2, kambing, ayam ,daging  termasuklah durian, rambutan....


ni rombongan cek kiah nak antar pengantin bersanding
 ni masa malam berinai



Durian Tapah di bawa ke TG Malim, aku bertanak pulut sakan, depa berjamu pulut dengan durian pulak. Hari selasa Ein panas badan, demam.... aku ketat hidung, selsema then demam sikit. Iqah pening.... Pakwe panas badan jugak...cuba beratahan, tapi bila ketat idung, minta ubat juga akhirnya. Pi klinik ambik ubat, then ari ni amilia pulak panas badan...... habis dah satu rumah kena! Sat lagi nak turun KL, ada majlis sambut menantu pulak kat Cheras, takut pulak kami jadi ajen penyebar demam! Tak pergi , tak kena pulak!