keluargaku

keluargaku

Tuesday, December 28, 2010

Mabuk




Bunga-bunga di Faser Hill... besar2 ( geram aku!)


Minggu lepas, adik ipar ajak pi Fraser Hill untuk berkumpul adik beradik sambil siapkan hantaran untuk anaknya bertunang. Kami semua tak pernah sampai Fraser Hill. Dalam kepala aku dok bayangkan lebih kurang macam Gentinglah, cuma dia takde theme park aje.
Pada mulanya aku sekeluarga tak bercadang nak join sebab pakwe aku tu mesyuarat di KL dan petangnya ada kelas untuk master students.Kesian kat dia yang takde rest sebab dah 3 hari bermesyuarat di KL tu siang malam! Bila lepas solat asar, entah macam mana rasa kesian pulak kat yang nak menyiapkan hantaran kat atas bukit tu, sedangkan pada aku ada 3 hantaran yang aku nak beri kat depa iaitu bunga rampai, tepak sirih dan coklat.
Pakwe sampai rumah pukul 6.15 ptg, aku kerah anak2 siap dan kami meluru ke Fraser Hill tepat jam 6.35 ptg! Mak datok! Pakwe bawak kereta laju giler! Aku ingat dekat....rupanya dari Kuala Kubu Baru ke Fraser Hill 40 km lebih! Dan bila aku terpaksa melalui jalan-jalan yg macam ular kena palu tu, lagilah aku menyesal! Udahlah hari dah senja, nak hujan pulak tu.... aku dah mula cuak.....
Pakwe bawak kereta laju kerana nak mengejar waktu gate untuk naik ke atas tu di buka. Kalau lebih dari pukul tujuh dah takde pengawal yg jaga turun naik kereta di Fraser Hill tu, so bahaya sikit bila ada 2 kereta berselisih kerana jalan sempit, di sebelah jalan gaung, sebelah lagi tepi bukit.... Mula aku steady jer, lepas tu bila selekoh jalan dah makin tajam, aku dah mula goyah. Aku rasa macam ada benda yg nak terkeluar dari tekak aku! Aku menutup mulut dgn tangan. Peluh memercik didahi, rasa kepala berdenyut-denyut....aku beritau pakwe di sebelah dan anak2 di belakang aku nak pejamkan mata aku, aku dah tak tahan! Depa gelak sakan kat aku, ada yang mengusik.." mak jgn pejam mata lagi, tanah mak belum wasiatkan kat sesapa" Yang lain menyampuk. " rumah pun!" Sorang lagi menambah, " emas mak bagi kat kami"...ayah depa gelak besar! Bila aku sebut nak pejam mata, depa ingat macam aku dah nak mati dah! Ciss!! Kurang asam betul.....heheheheeh
Aku terus memejamkan mata aku...aku layan percakapan depa dgn kata "hmm. hmm ajer" aku mmg dah tak larat sangat, aku takut kalau aku bukak mulut aku akan termuntah! Dan akhirnya, kami sampai ke Banglo milik UDA hampir jam 8 mlm. Aku keluar dari kereta dgn memaut kuat tangan anak aku...mabuk! Aku rasa masa mengandung dulu pun aku tak seteruk ini mabuk nye!

5 comments:

Zanans said...

kalau mabuk mengandung brbaloi jugak ye tk kak? hahaha... lawak la anak2 akak.

fati said...

Za, akak ngandung anak 5 org tu semua mabuk, tapi mabuk naik Fraser Hill ni lain mcm sikit, rasa mcm nak tobat nasuha je, x mau naik dah Fraser hill tu, walaupun bunganya cantik2....

Zanans said...

za lom penah sampai sana... ntah bila la kak. teringin jugak nk rasa mabuk2, dh lama tk mabuk... kihkihkih!

fati said...

Za, kalau nak mabuk lagi . x payah naik fraser hill.... org sebelah dgn happy nya boleh tunaikan kalau Za mintak!! hahahahah

Zanans said...

ye tk ye, blh la hntr permohonan. hahaha...