keluargaku

keluargaku

Monday, November 22, 2010

Jalan-jalan cari makan


Aku dan Ana tengah tengok menu


pening kepala kami nak pilih menu, tak tau yg mana sedap


Aku cuba rasa nasi mandy kambing pakwe,
boleh tahan juga...1 pinggan boleh makan 3 org! banyak giler!


kami minum air botol arab...apa ke nama dia?


Wah! Perut dah kenyang....rasa nak melengkor je, macam ular sawa....


Ana berhajat nak belanja kamai makan satu keluarga. Dia nak ajak makan kat tempat yang tak pernah kami pergi. So, aku called Membar, dia ni handal bab tempat-tempat makan yang sedap. So, last-last, kami pilih ke al Rawsya Ampang, nak cuba makanan arab pulak.

Friday, November 19, 2010

Syukur


anugerah dari SKTM


sedang menerima anugerah di pentas SKTM


sedang menerima anugerah di pentas SRA Hulu Bernam


di antara anugerah yg diterima dari SRAHB


Syakireen dan Amilia dengan hadiah masing2


Alhamdulillah, aku memanjat syukur kepada Allah kerana Syakireen dapat anugerah cemerlang untuk peperiksaan akhir tahun yang lepas, untuk sekolah kebangsaan dan sekolah agama juga.
Amilia juga mendapat anugerah, iaitu peningkatan prestasi yang membanggakan . Alhamdulillah lagi sekali....segala pujian hanya buat mu jua...
Moga anak-anakku ini akan terus menjadi murid dan insan yang cemerlang dunia dan akhirat....
Aminn!

Wednesday, November 17, 2010

Bakawali


2hari sebelum mengembang

1 hari sebelum mengembang


pukul 9.malam


pukul 11 malam


pukul 12 tengah malam


Pokok bakawali ni adik aku yang beri masa balik kampung awal tahun hari tu. Masa tu masih anak pokok lagi. Pernah berbunga sekuntum... 5, 6 bulan lepas, tapi tak sempat nak rakam foto sebab tak faham cara dia berbunga dan mengembang. Bila bangun pagi tengok2 dah terkulai layu .
Kali ini bila dia mula mengeluarkan putik kuntuman bunga, aku dah mula berjaga-jaga. Pakwe pun seronok sama. Aku baca artikel-artikel yang berkaitan dengan bunga bakawali. Barulah aku tau bahawa bunga ini hanya kembang 1 malam sahaja, masa antara 9 malam hingga sebelum subuh. Sesudah subuh dia akan layu dan takkan mengembang lagi. Tunggulah bila dia berbunga lain pula, baru dapat lihat bunganya mengembang pulak, itupun kalau dia tidak merajuk, dan mau berbunga lagi. Dan baunya....... ya ampun! Wangi sungguh! sampai menusuk hidung! Dan malam tadi, laman rumah ku begitu harum sekali dengan harumannya dan bunga cempaka yang juga sedang lebat berbunga..... rasa tenang dan damai hati ini.... masya Allah, hebatnya ciptaanMU ya Allah....

Wednesday, November 10, 2010

Bingong


Sepanjang meniti usia ini, aku dapat lihat pelbagai ragam pasangan hidup. Ada yang suami isteri nampak ceria, bahagia, penuh wawasan dan impian yang indah2 bersama anak-anak. Ada yang isterinya teraniaya dengan suami yg curang atau yang garang atau yang tidak mempunyai sumber pendapatan yg tetap. Ada pulak yang suaminya baik, penyayang, ada sumber pendapatan tetap tetapi dapat isteri yang garang, malas, membuli suami dan anak-anak dan suka mencari gaduh. Aduhai kehidupan.........
Paling terasa bila ada diantara yang teraniaya itu adalah orang yang dekat dengan kita. Sedih , sayu, pilu hati melihat kehidupannya. Puas segala nasihat , pendapat dan pandangan di berikan , namun kelihatannya keadaan semakin tidak terkawal. Atau pun pasangan yang teraniaya itu sudah pasrah, atau bahagia dalam deritanya.....itu yg buat aku tak faham. Kita cuma hanya melihat, tapi tentu yg merasa dan mengalaminya lebih derita lagi..... Ya Allah , kuatkan hatinya.....

Monday, November 1, 2010

Mula Dah.....

Bila bangkit tidur hari Sabtu lalu, aku terasa nyeri pada lutut belah kanan. Aku mula berjalan dengkot2 sikit. Buat kerja macam biasa, buat sarapan, kemas rumah, siram pokok. Sampai masa nak solat dhuha rasa nyeri makin terasa. Aku buat tak tau, bila sujud...masya Allah sakitnya lutut aku!
Lepas tu rasa perut memulas, aku pi toilet. Kat tingkat bawah ni tandas cangkung....mak aih! sakitnya bila nak bangun dari posisi cangkung tu! Aku berpaut pada kepala paip di tepi tandas untuk bangun, siksa sungguh!
Aku meneruskan kerja2 rutin aku, memasak untuk makan tengah har. Lepas makan dan solat zohor dok melepak tengok tv sebelah pakwe aku. Bila dia minta aku ambikkan hpnya, aku tak boleh nak bangun dengan lancar, aku tarik pinggang seluar dia untuk dapat berdiri. Dia ketawakan aku! Teruknya mak hang! kata dia....
Bila malam, nak tidur, kalau tertindih lutut kanan ni, aku cepat-cepat alih...tup-tup ada bunyi macam meletup kat lutut kanan ni.....Takkan aku dah mula nak sakit lutut kot! Umur belum cecah 50 pun.....