keluargaku

keluargaku

Monday, March 29, 2010

Lepas rindu

martabak singapore

kejap jer dah licin

mak bawak cucu menantu dia round kampung kami,
pantai ni kat je dgn rumah mak


26 Mac...akhirnya aku dapat balik ke Johor. Last sekali aku ke JB masa bertandang along kawin 26 Dec 2009, dan kampong pulak masa balik raya puasa dulu. Tak tau kenapa hati menggamit2 sangat nak balik, nak makan macam-macam, terutamanya kuih lompat tikam, martabak singapore dan mee hoon rebus ikan di Sedili Besar.
Along pun balik sekali, bawa suaminya berkenalan dengan kampung aku....
Dan yang paling seronok, kebetulan ayah yang di Pahang pun balik ke Sedili kerana anak saudara ayah ada buat kenduri kawin di Sedili....apa lagilah...aku heret ayah pi makan mee rebus ikan di Kuala sedili. Ayah kata dah lebih 40 tahun dia tak makan mee tu.... aku makan siap tambah lagi, pakwe aku sampai geleng-geleng kepala, dah lah makan lompat tikam sampai 3 mangkok sekali jalan je! Memang habis terus diet aku......
Sebelum balik ke kampung di Tg Sedili, tidor di JB dulu, kami pekene martabak singapore kat jalan Sg Chat ( dekat dgn EC).

Sunday, March 21, 2010

Penyejuk Hati


pokok bonsai pakwe

pokok kesidang yg mengeluarkan bunga sulung

pokok cempaka juga berbunga sulung

disinilah tempat aku menyejukkan hati dan menenangkan rasa


Selesai majlis kenduri kawin along, aku baru ada masa nak kisahkan laman rumah. Sejak pindah dari JB dulu, baru inilah aku serious sikit untuk menghias laman rumah. Jika masa di JB aku giler buat collection pokok orkid, di sini, aku hanya buat collection pokok bunga biasa terutama yang ada bau harum.
Sekarang ni , selepas anak-anak dan suami keluar rumah, aku akan mengadap pokok-pokok ni. Rasa sejuk hati, apabila mendengar jatuhan air dari water feature dan menghidu bau-bau bunga yg harum. Pokok bunga kesidang sudah mula mengeluar bunga, begitu juga dengan pokok cempaka...... lupa sekejap segala masalah dan gundah gulana.....

Wednesday, March 3, 2010

Ayah

Ayahku


Tiba-tiba aku teringatkan ayah hari ini.... kejap lagi nak telefon dia , bertanya khabar.
Ayahku....seorang lelaki yang baik...amat baik sebenarnya. Aku amat menyayangnyai. Dari kecik, aku memang lebih rapat dengan ayah dari emak. Ayah adalah menantu pilihan arwah datukku. Tok ayah yg pinang ayah untuk emak sebab ayah aku tu warak sikit dan pandai bertukang. Dalam kelas, mereka bergilir2 mendapat no 1 atau 2 dalam peperiksaan.
Tok ayah ada kedai makan yang laris masa tu. Ayah jadi tukang bancuh air. Bila nak raya, emak cuma adun je kuih, ayah akulah yang menerapnya. Aku masih terbayang macam mana teruknya ayah menekan acu kuih semprit.
Aku suka di dukung ayah, walaupun dah berusia 5 tahun masa tu. Aku selalu memaut leher ayah dari belakang dan memanjat belakangnya untuk minta dukung. Dia tak pernah meletak tangannya padaku. Aku selalu ikut dia pergi bertukang. Ayah pandai buat perabot.Satu je kekurangan ayah masa itu...dia tak berapa kacak ( masa tu anak gadis tengah menggilai P Ramlee, so lelaki yg mirip P Ramlee pun akan jadi pujaan!) Ayah berbadan kurus, putih kuning dan berwajah seperti cina ( sebab ada darah cina).
Ditakdirkan Allah jodoh ayah dengan emak tak panjang...aku terpana. Dan lelaki yang mengambil tempatnya disisi emak tidak dapat aku terima walau pun kini dia telah pergi menemui Allah... Semoga Allah mengampunkan aku.
Betapa aku memuja ayah hingga pernah aku meminta kepada Allah agar jika aku bertemu jodoh, temukanlah dengan lelaki yang ada ciri-ciri seperti ayahku....walau pun tak kacak....
Alhamdulillah....doa ku di makbulkanNya....