keluargaku

keluargaku

Monday, June 29, 2009

27 Jun 2009


Sibuk melayan saudara mara makan tengahari.
Menu masakan kampung, ikan keli goreng berlada, kerabu pucuk paku, dalca, ayam percik, ikan masin goreng, sambal belacan

hantaran dari belah lelaki

hantaran dari belah perempuan

bakal mertua along menyarungkan cincin risik dan cincin tunang sekali gus

puteri sulung ku

Aku berasa seperti baru sudah melakukan saie saja, letihnya bukan main, tapi hati rasa lega kerana majlis merisik dan bertunang along berjalan lancar, Alhamdulillah. Insya Allah jika tiada aral melintang, majlis perkahwinan along akan di adakan sekitar Disember nanti. Tarikh tepatnya masih belum dapat ditentukan kerana ia bergantung kepada cuti along. Jadi rasanya jika tidak menjadi halangan aku akan menjemput saudara mara, rakan dan taulan yang aku kenali, baik yang lama atau yang baru termasuklah rakan-rakan smsj kita....insya Allah, doakan agar dimurahkan rezeki kami, agar majlis along nanti boleh di jadikan MG kita juga.

Friday, June 19, 2009

Foto Kenangan

suasana sesak di depan pintu kaabah, multazam dan penjuru hajarul aswad ( yang dikuasai oleh kaum lelaki) pada kebanyakan masa dan semakin sesak ketika aku mula meninggalkan kota Mekah.


pakwe ni snap foto sendiri guna hp depan kaabah


depan masjid Nabawi di Madinah

depan Masjidil Haram di Mekah

Depan Kaabah

di Masjid Kuba'

Di ladang kurma sambil minum kopi arab

berlatar belakangkan bukid Uhud

siap berpakaian ihram untuk berumrah

di ladang unta, minum susu unta yang baru di perah depan mata kami...
sedap!!!!


1 Jun kami bertolak dari KLIA dengan flight Gulf Air. Transit di Bahrain, tidur di situ 1 malam dan esoknya baru bertolak ke Jeddah dan terus memakai pakaian ihram kerana kami terus ke Mekah untuk berumrah ( berniat di atas kapal terbang).
Selama 10 hari kami di Mekah, kami dapat melakukan sebanyak 5 kali umrah ( selang sehari), faktor usia dan stamina menghalang kami untuk melakukan umrah setiap hari. Pada hari-hari kami tidak mengerjakan umrah kami penuhi dengan tawaf-tawaf sunat di Baitullah, solat sunat di Hijir Ismail dan makam Ibrahim dan mencuba mencium hajarul aswad. Aku hanya berjaya menciumnya sekali sahaja kerana musim cuti sekolah ini jemaahnya begitu ramai ( seperti musim haji). Kebetulan pula serentak dengan cuti persekolah negara Iran dan Turki, berbondong-bondong mereka datang, sudahlah saiz mereka ni besar-besar....jemaah dari Malaysia tenggelam dengan kehadiran mereka.
Setelah 10 hari di Mekah , kami ke Madinah pula menziarahi masjid Nabawi dan tempat bersejarah lain di sana. Kami berangkat pulang pada 14 Jun dan tiba di Malaysia pada 15 Jun.
Tak puas rasanya....masih terbayang pintu kaabah di depan mata setiap kali solat ( aku selalunya akan mencari ruang solat di masjidil haram yang setentang dengan pintu kaabah dan multazam). Ya Allah jemputlah kami lagi ke sana......

Tuesday, June 16, 2009

Kembali

Alhamdulillah...aku sudah selamat berada di bumi Malaysia kembali.
Namun hati aku begitu berat ketika meninggalkan Mekah, seakan mau berpatah balik selepas tawaf wida', terasa sayu yang amat ketika bas bergerak meninggalkan tanah haram Mekah. Aku mohon padaNya, agar dijemput kami lagi menziarahi rumah Nya yang mulia itu.....
Maaf, jika dalam seminggu dua ni aku tidak aktif sangat berblog, kurang sihat sikit ( sejak menjejakan kaki ke bumi Malaysia), dan kesibukan mengurus urusan keluarga pula ( anak sulung mahu dirisik orang minggu depan).
Nanti bila sudah punya kelapangan masa, akan aku entri foto-foto ketika di tanah suci Mekah dan Madinah.