keluargaku

keluargaku

Tuesday, October 28, 2008

Kawan Lama

Gambar kenangan Ting 6 atas 1980...siapa yg tengah mendepa tangan tu?

Geng budak pompuan 6 atas .
Duduk di belakang dari kiri, alimah, fatimah, norlida, Nelly (dari smsmelaka)
Duduk didepan dari kiri, noraini, arbakyah, aini, rosnah,zauyah dan...tak ingat nama sbb sekejap sangat berkawan.



Syawal sudah hampir kepenghujungnya. Setelah Mimbar menemui aku kembali dipenghujung ramadhan yang lalu, semakin ramai rakan dan taulan SPM/MCE 1978, yang dapat dihubungi. Semakin meriah rasanya kehidupan seharian dengan email-email, sms-sms, panggilan tel. dan chat dari kawan-kawan. Anak-anak mula mencemburui aku bila tel aku tak sunyi berdering mengalahkan orang yang tengah asyik berpacaran...... hehehe...kawan mama lah tu, rungut si kecil. Aku akan mula bercerita dgn mereka tentang peristiwa-peristiwa lucu, gembira dan sedih ketika di smsj dulu. Ada yang tidak dpt diceritakan dlm blog....namun ia tetap tersimpan dihati...sebagai kenangan abadi.
Kedatangan 13 Dec nanti amat aku nantikan. Semoga tiada aral yang melintang.Kepada kawan-kawan yang masih tidak dapat aku hubungi seperti Noraini Samin (berpuluh kali aku sms dan called), Aliah Hussin, Hafizah Awang, Rohana, Jamaiyah, Norlida, Norleha, Huey Wuan, semoga Allah menggerakkan hati mereka untuk menjengok blog smsjohorkluang ini kerana aku benar-benar rindu dan amat teringin bertemu dengan kalian. Kepada kawan-kawan yang telah respond terima kasih yang tidak terhingga kerana masih sudi berhubung kembali.

Sunday, October 12, 2008

Kenangan lama......

Aku masih belum bertemu lagi dengan kekawan lama semasa di SMSJ dulu....namun dari email-email , sms-sms, telephones called dan chat-chat dengan kekawan ini, menyemarakkan kembali kenangan-kenangan lama .
Namun begitu aku msih belum dapat contact Noraini, Rohana, Roziah dan Jamaiyah , dan semua kawan perempuan eng-medium. Tapi masa aku di JB dulu, aku ada jumpa dengan Aliah Hussin beberapa kali (pernah pergi ke rumahnya di Tmn Teratai..) Norlida pula aku jumpa sekali, masa tu dia tengah ngandung, kalau tak salah dia kata dia tinggal di Subang (masa tu majlis kahwin sapa aku tak ingat). Norela pula aku jumpa masa perjumpaan alumni SAJOHA di smsj. Suaminya senior kita batch Lokman (kalau tak silapla)Yg lain-lain memang tak jumpa langsung...aku paling nak jumpa Hafizah Awang.......puas aku redah Kg. Istana , Batu Pahat, cari Hafizah, cuma jumpa emak dan ayah nya sahaja yang ada dan kak Yam (mak saudara dia). Dulu masa sekolah, aku close dgn dia sbb selalu singgah rumah dia di Jln Langkasuka Larkin seblum balik ke Tg Sedili. Emak ayah nya baik sangat, aku ni dah jadi macam anak diorg. Noraini Samin pun sama, dari aku anak dara, sampai dah anak dua aku singgah rumah dia kat tepi jalan bakri , Muar(masa tu highway tak siap lagi).Masa aku anak dua tu, emaknya dah uzur....dia nangis bila tengok aku....lepas tu aku singgahlak masa anak no 2 masuk Sains Muar(aku tengah ngandung anak n05).Noraini tinggal berdua dengan adik perempuannya tinggal di rumah pusaka tu.....
Aku ni masa sekolah dulu suka ikut kawan-kawan balik rumah dia org. Antara rumah yg aku pergi ialah rumah Azida Aziz (kat Sg Abong, Muar), rumah Aliah Hussin (Kg Melayu Kluang), rumah Zauyah (Kg Palembang Kluang), rumah Arbakyah dan Latifah (Felda Air Hitam), rumah Hafizah Awang (Larkin JB).
Dengan budak lelaki....biasala...masa tu dia orang ni tengah anti pompuan (macam kata usop tu)
Jadi tak berani nak tegur pun, kalau bukan kelas sendiri. Yang kelas sendiri pun berapa kerat je yg berani bercakap....takut kena ejek. Dengan Kamisan, Gajah, Jamil Sien, Razak, Tumiran...adalah gurau-gurau sikit...mokhlis pun aku kacau (sbb dia pendiam sangat).Tapi yg selalu sangat kacau aku ialah, gajah dan Januri. Sayang sungguh gambar-gambar masa ting 1 hingga ting 5 habis di makan anai-anai (tinggal di kampung). Yang terselamat gambar masa tingkatan enam je...nanti aku cari dan minta tolong suami scan kan....aku ni bukan pandai sangat teknologi-teknology terkini ni.