keluargaku

keluargaku

Sunday, August 3, 2014

Sepanjang Ramadhan ini

Mak oii....banyaknya nak cerita.
Tapi x sempat nak ngadap desk top atau lap top nak tulis satu-satu setiap cerita.
Jadi ambik yang rengkas-rengkas aje...orang putih kata summary.

1. dua minggu sebelum ramadhan tiba, entah angin el nino mana dtg , pakwe aku pi tambah wet kitchen kat rumah dan boh kabinet kat bilik utility..... alhamdulillah

2.dalam rumah macam kapal karam tu, pakwe aku bawak balik emak dan ayah nya yang uzur sebab sakit tua....dan kita dah mula sebok berpuasa, bertadarus dan bertarawih

3. hari ke 6 berpuasa, along pulak bersalin, ceaser ..... fuhhhhh! macam nak giler aku! Berkejar pulak ke seremban, pi tengok along dan cucu. Alhamdulillah semuanya selamat, dan gembira tak terkata sebab dapat cucu lelaki. So dah sepasang lah cucu aku, anak Ana perempuan.

4. Lepas 3 hari di seremban, bawak balik along berpantang ke rumah aku.......

5. Rumah baru siap  dua hari sebelum raya....bayangkan macam mana nak menngemas tu....

6.Malam raya, baru nak jahit lace kat baju raya aku! mcm nak menangis! memang x pernah terjadi, Selalunya baju2 raya ni aku dah siapkan semuanya sebelum masuk ramdhan, tapi kali ini.....
tadarus Quran pun x sempat khatam...... Ya Allah ya Tuhanku, ampunkan lah aku, tiap2 tahun dalam bulan ramadhan aku mesti khatam, tapi tahun ini aku x mampu....

7. Raya tahun ni x balik kampong mana2! Pertama kali juga sepanjang 31 tahun perkahwinan aku. Anak2 suma balik ke rumah aku. Alhamdulillah..... gembiranya hati aku.
Aku buat rendang ayam 2 ekor, rendang daging 2 kilo, ingatkan raya kat sini takde saudara mara, sahabat handai dah balik kampong, cukuplah tu....rupanya, ramai juga yang datang beraya dengan kami, termasuklah NC UPSI , Dato' Zakaria, isteri, anak2 menantu dan cucu2 beliau beraya sekali......Allahuakbar, Allahuakbar, walillah ilham

8. Raya ke 5 aku buat majlis aqiqah anak along dan open house sekali. Alhamdulillah, walaupun adikberadik tak datang, kecuali Halim sekeluarga dari JB, ramai keluarga belah tok besan dan jiran-jiran yang datang meraikan bersama.....Alhamdulillah....

9 Hari ni isnin 4 ogos 2014.... tinggal lah kami, anak2 semua dah balik tempat masing2, suami balik perlis, bawak mak dan ayahnya checkup
Kejap lagi nak bawak cucu pi cucuk utk baby yang berusia sebulan...... cepat nya masa berlalu...

2 comments:

Za Nans said...

Slmt hari raya kak... maaf zahir dn batin.

fati said...

Selamat hari raya jugak buat Za,