keluargaku

keluargaku

Tuesday, September 10, 2013

Door Gift untuk anak sepupu

Sepupu pakwe aku ni nak buat majlis walimatul untuk anak perempuannya. Dia ni rajin tolong orang termasuk aku dan anak-anak aku. So, aku offer untuk buatkan door gift untuk tetamu dan keluarga pengantin lelaki.
Tema perkahwinan anaknya ialah pink, putih .
beli  kristal warna pink
beli balang bercembol 
hias dengan dolly paper dan renda
riben pink , light pink dan putih digabungkan 
kemudian dilekatkan dengan bunga kristal pink sekuntum
bunga kristal dan riben dilekatkan pada balang
kerja-kerja menyiapkan door gift

setelah siap , disimpan kemas oleh pakwe kedalam kotak
untuk di bawa ke alor setar





Sunday, September 1, 2013

Berubah

Bila aku bukak blog kawan lama aku, dia dah ubah gambar keluarganya, sesuai dengan perubahan masa.

 Aku pun tersedar bahawa keluarga aku juga sudah turut berubah, sudah semakin bertambah ramai  dan semakin rencam.
 Makanya aku mahu abadikan foto ini juga sebagai kenangan kami sekeluarga kerana sekarang ini bukan mudah untuk  dapat berkumpul semua sekali dengan semua anak disebabkan oleh komitmen yang berbagai. 

Semoga keluarga kami ini berada di dalam rahmat dan lindungan Allah dan sentiasa diberkati.......