keluargaku

keluargaku

Wednesday, July 25, 2012

Kekawan MPPM

 1st year...minggu orientasi, ni kekawan satu kelas,
Sains dan math



MPPM ni adalah Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka. Aku masuk MPPM batch 81/83, batch pertama pengajian perguruan jadi 3 tahun. Dah lama akku mencari kekawan MPPM kat fb. Minggu lepas baru aku jumpa fb 'group mppm 81/83....seronoknya aku! Sejak keluar dari MPPM kami mmg lost contact langsung....maklumlah, memasing sebok dgn memulakan kerja dan memulakan keluarga.... harap-harap nanti adalah yang rajin nak buat reunion batch ni..... insya Allah


ahli dorm F masa 1st year...dgn kak seniors





geng satu rumah sewa masa 2nd year
 
geng pasukan pengakap

pakaian rasmi mppm
 
3rd year-mula pakai tudung dan foto kanan sekali ( yg bertutup kepala) 
Kak Jay ( Jamaliah Ahmad) roomate..... dimana kakJay?
 
posing depan maktab... nak pi latihan mengajar kot....

Sunday, July 15, 2012

Hujung Minggu Sebelum Ramadhan

14 Julai....birthday along . Dia seronok sangat sebab first time birthdaynya jatuh pada hari minggu. Dia dah siap booked apartment kat PD, nak ajak kami dan adik-adiknya celebrate bersama birthdaynya.Kami dah seronok lah ni....
Tup, tup, ...last minute Ana called dia tak boleh join sebab kena hadir bengkel 'wajip' oleh KPT untuk students PhD pada tarikh tu, then Iqah pun tak boleh balik rumah sebab bengkel untuk SPM dah start..... sian kat along. Tapi aku pujuk along, sebab nanti week end hari pertama puasa, depa semua balik nak puasa dan berbuka di rumah aku,.... so boleh celebrate lagi.
Jadi kami pi jugak ke PD, sbb along dah booking apartment, dan dah lama rasanya tak bawak budak-budak ni main air. Wan, ein, amilia, aku dan pakwe, along suami isteri...ok lah! Aku bawa electric grill , nasi minyak, ayam masak merah n acar.( termasuk sebiji kek secret resepi untuk along)  Along beli ayam, lamb, beef  yang dah siap diperap dan hotdog untuk bbq (dlm appartment je!).
So, petang tu, kami semua pi main air dan mandi manda, tinggal pakwe tu kat bilik sbb dia kena baca tesis  student PhD. Hari isnin nak pi 'viva' student ni di USM pulak.... Maghrib, kami balik bilik, lepas solat, kami start grill ayam dan lamb. Kat luar banyak bbq di tepi pantai, sebelum kami naik, depa dah dok kipas-kipas api untuk bbq depa... bila kami dah siap makan bbq kami, depa ,masih dok kipas-kipas api bbq depa....hahahaha senang betul pakai grill lektrik nii..... tak lenguh tangan nak kipas-kipas dan tak pedih pun mata kena asap!

Monday, July 2, 2012

Hujung Minggu Yang Sibuk

Fuh!..... hujung minggu lepas ( 30 Jun dan 1 Julai) rasa macam nak" memar" badan ni.
Hari sabtu tu, pepagi buta pakwe dah sebok nak pi siapkan pameran alat-alatnya sebab ada Tim. Menteri nak datang UPSI. Yang aku bersiap nak pi kat Iqah di asrama. Iqah dah dekat dengan SPM nya, so aku kena beri perhatian lebih kat dia. Pi kat Iqah, bawakan makanan dan sebagai.
Di sekolah Iqah, aku terjumpa kawan lama masa kat MPPM. Rupa-rupanya dia dok mengajar kat sekolah Iqah selama ni, aku dok berulang alik, dari Iqah form 1 dan sampai form 5 ni, ni lah baru berjumpa!Subhanallah.... apalagi, mcm bebudak le kami punya seronok...potpet potpet.... tak sedar dah pukul 12.00 tengahari!
Rushing balik rumah, pakwe dah tunggu nak pi wedding kat Proton city.Terus pi....makan lebih kurang, kami rushing pulak ke UPM, Serdang kerana ada satu lagi wedding anak kawan. Kat sini pulak bertembong dengan sajohan , Prof Ghizan dan isterinya... baru nak cedok nasi nampak pulak jiran lama masa di Taman Sri Pulai JB yg dah pindah ke BBBangi...... potpet potpet, tukar no phone dan sebagai.... nampak pulak kawan masa kat Stoke-on Trent, UK.... dah potpetpet pulak dgn dia.
Itulah hikmah walimatul urus ni...memanjangkan tali silaturrahim....
Hampir pukul 4 ptg kami beredar, terus ke Kajang kerana along ajak berkumpul di rumah Ana pulak! Sementara tunggu depa sampai, aku ajak pakwe singgah ke kedai sajohan ,dato' Ahmad redza ( Ain Furnishing). Ada mega sale...sempatlah sambar kain langsir roman blind....hehehehe
Malam tu kami pi dinnner kat Ana Ikan Bakar Petai di BBBangi...Ana kena belanja pulak..... hahahaha
Ein kata nama kedai ni sama dgn kak Ana, so kak Ana kena belanja.... Malam tu kami balik Tg Malim , sampai pukul 12. 30 tgh malam.
Esoknya, pepagi buta dah bertolak pulak ke Pekan Pahang, ada wedding anak kak Tina ( sajohan jugak) . Ramai sajohan yang menghadirkan diri. Lepas wedding , aku singgah rumah ayah, jengok ayah . Rupanya ayah baru kena gout pulak, dah tak boleh nak ke surau. Aku ajak pi klinik dia tak mau, katanya ubat dah ada kat rumah. Lewat petang, kami bergerak ke Kuantan sebab esoknya pakwe ada kerja di Kuantan.
Esoknya pulak, bila pakwe nak pi ke tempat dia nak observe students, dia drop aku kat shopping complex, so raya hindulah aku kat situ! Tengah syok window shopping, Ana called kata dia kat KPJ Kajang, doktor nak operate dia punya 'cyst' kat dadanya...... gelabah jugak aku! Nasib baik pakwe called, then aku suruh pakwe called Ana.
Pukul 3 ptg, pakwe siap kerjanya, kami rushing balik dan terus ke Kajang. Sampai di KPJ, Ana baru di tolak masuk ke OT, so kami tunggu dia sampai dia keluar dari OT. Hampir pukul 9 malam baru dia di tolak keluar dan terus di masukkan ke wad. So kami mengikut dia ke sana...... buk bak buk bak....pukul 11 kami bertolak balik ke Tg Malim, singgah RnR rawang utk solat dan makan. sampai rumah  terus gosok baju sekolah ein dan amilia nak sekolah esoknya......