keluargaku

keluargaku

Sunday, June 10, 2012

Durian, durian, durian.....

Hah! Musim durian datang lagi.....kali ni durian Johor tengah menjadi!
Semalam, along bawak balik durian satu bonet kereta dari Muar! Dia balik menjengok mentuanya di Muar. Lepas tu dia talipon ayah dia ( pakwe aku) suruh turun Kajang( rumah sewa Ana n Anuar) untuk ambik durian, dia dah tak larat nak menghantar ke Tg Malim.
Lepas hantar Iqah balik asrama ( esok sekolah dah mula balik), kami terus turun ke Kajang. Nasib baik tak jem. Kami singgah Giant kat Kajang, beli microwave untuk Ana ( ayah dia nak masak pulut). Jadi kami berjamu pulut durian di rumah Ana. Rupa-rupanya, bapa mertua ana pun ada bawak durian dari Muar jugak satu karung guni! 
Malam tadi  aircon dalam bilik tidor walaupun terpasang sampai ke subuh,  tak terasa sejuk aircon tu...... Hai....durian, durian.....
 ( pissssst! ada satu bakul besar lagi kat depan pintu rumah aku!)

4 comments:

Teja Ratna Benggala said...

nak barang 2 3 biji kak... wat bubur

fati said...

Meh, meh ...mai amik , nak 6, 7 biji pun boleh....hehehehe

kembara kelana said...

haram tak ajak

fati said...

Meh, meh KK... ni ada aku buat pengat durian.....