Dalam meniti usia, kita selalunya tak perasan perubahan yang berlaku pada diri kita. Kita terus bergerak kehadapan tanpa menoleh ke belakang. Cuma sesekali kita terasa kita kian di mamah usia bila perkara-perkara yang dulunya kita lakukan dengan mudah , kini sudah tidak lagi.
Baru-baru ini aku rasa tersentak bila anakku bercerita yang dia membandingkan foto-fotoku yang terkini dengan yang tahun lepas, dan tahun yang sebelumnya. Dia nampak perubahan yang drastik pada aku, terutamanya pada wajah dan bentuk badan.
Selama ini aku tidak mengambil kisah ...tapi entah kenapa isu yang di utarakan oleh anak aku itu begitu berbekas di hati aku. Aku bukan berkecil hati tapi aku semakin menginsafi yang aku ini semakin menuju kealam tua.....
5 comments:
fatie...perubahaan tu biasa...tetapi mengurus perubahan tu paling penting. bila aku kata aku nak kendur ber fb, kau kata jangan kendur kendur...tapi..umur menjadikan kita semakin kendur...fati, kau kira bertuah sebab banyak matlamat hidup kau dah tercapai...aku? masih jauh lagi fatie..letih aku
Terima kasih Sop .
Matlamat hidup aku x tinggi kot, mudah untuk di capai. Ko lain, matlamat hidup ko tinggi, so kau kena kerja keras untuk mencapai matlamat hidup ko dan ko pun dah semakin hampir sebenarnya....tak lama lagi tercapailah tu....insya Allah.....
entahlah fatie...bab masters tu taklah kritikal sangat..bab nak habiskan persekolahan anak anak ni dan sampai dia kerja dan sampai dia kawin...perg tu memang mencabar
cantik-cantik gambar dari blog puan..
Terima kasih nmfairus kerana sudi singgah di blog saya
Post a Comment