keluargaku

keluargaku

Tuesday, November 24, 2009

Penat

Rasa macam nak semput je. Terkejar sana terkejar sini. Pelbagai hal yang perlu di uruskan. Agaknya disebabkan aku ni jenis lembik ( mudah penat), aku rasa macam aku ni sebok benar je..... Pakwe aku tu aku tengok macam tak penat je.... tapi jadual hidup dia (rasanya aku memang tak mampu nak ikut rentak dia)...masya Allah, boleh pengsan kalau kena kat aku. Mana nak mengulang emaknya yg sakit di utara, mana dgn urusan kerja yang sekejap kena pergi mesyuarat sana sini, mana dengan urusan anak yang nak kawin tak berapa minggu lagi.....
Itu bab pakwe akulah yg menguruskan hal-hal yg 'makro', jadi terpaksa aku ambik alih hal-hal yg mikro ni ( yang remeh temeh ), urusan anak-anak, rumah, persiapan bilik pengantin, catering, baju, mak andam.... Itu pun dah rasa macam nak demam je.... dulu, gitulah agaknya mak aku rasa masa aku nak kawin kot..... tapi nenek aku yg bantu banyak dan sedara mara sekeliling pinggang, sedangkan aku?....... 'dagang' di tempat orang....huhuhu

Friday, November 6, 2009

Hujung Minggu 4

Pakwe takde rumah....pukul 5 pagi tadi dia bergegas ke airport untuk ke Langkawi kerana ibu saudaranya meninggal dunia. Kesian dia.... terkejar kesana- terkejar ke sini... dan ada 32 tesis yang perlu di tanda.
Aku? Aku akan cuba siapkan keperluan untuk bilik pengantin dengan bantuan Ana. Alhamdulillah, Ana dah habis exam dan balik rumah. Aku tak suka memanjat tangga (untuk gantung langsir) sebab aku mudah gayat. Kerja -kerja menggantung tu mmg aku serah kat Ana.
Aku juga akan menulis alamat kawan-kawan dan saudara mara yg aku dapat pada kad jemputan kawin. Masih banyak lagi yg perlu di jemput. Sebahagian sudah di pos...
Semalam aku baru teringat yang kami masih belum cari lagi kumpulan kompang untuk mengarak pengantin lelaki nanti. Takkan pengantin lelaki nak jalan senyap-senyap ek....
Apa lagilah yang aku belum ingat .....