keluargaku

keluargaku

Saturday, September 27, 2014

Peristiwa sedih

Pada 31 ogos seluruh rakyat akan menyambut ulangtahun kemerdekaan negara ini. Tapi di keheningan pagi 31 Ogos tahun ini kira-kira pukul 4.30 pagi ayah mertua ku telah dijemput Ilahi setelah sakit dan tidak larat bangun selama lebih dua minggu..... Innalillahi wainna ilaihirajiuun
Semoga rohnya ditempatkan bersama orang- orang yang soleh..... Aamiin

Kemudian pada 25 Sept lepas along pulak di bedah kerana ada batu dalam hempedunya yg menyebabkan dia berada dalam kesakitan yang teramat sangat. Sedangkan dia baru saja melahirkan anaknya yang sulung secara ceaserean.....

Sementara itu Ein pula terpaksa mengulang semula kertas sains , bah inggeris dan matematik upsrnya yang heboh diperkatakan tentang kebocorannya.

Semoga setiap musibah yang berlaku akan mendekatkan lagi kami kepada Allah yang maha mengetahui dan maha mengasihani......