keluargaku

keluargaku

Tuesday, February 12, 2013

Cabang

Cuti raya cina ni aku meredah highway karak untuk balik jengok ayah di Pekan Pahang yang tetiba kena highblood sampai 200 lebih dan di masukkan ke icu. Ayah tak pernah ada darah tinggi, yang dia sakit terok selalunya gout dan lelah. Mujur adik-adik yang ada di Pahang cepat hantarkan ke hospital.....
Sebelum tu, dua minggu sudah, aku meredah highway plus utara selatan, balik jengok ayah mertua nak operate di hospital Kangar Perlis. Pakwe aku tak usah ceritalah, kekerapannya berulang alik ke Perlis, menguruskan hal ayah dan emaknya yang terkena strok.Dia memikul tanggungjawabnya sebagai anak lelaki tanpa mengeluh.
Aku harap-harap mak aku yang di Kota Tinggi , Johor tu sihat-sihat je selalu. Tapi aku perlu juga pulang menjengahnya disana kerana kali terakhir aku balik ke Johor adalah semasa Raya haji tahun sudah....
Gitulah cabang-cabang perjalanan kami suami isteri sejak hampir 30 tahun yang lalu. Kami cuba tunaikan tanggungjawab kami sebagai anak dan menantu sebaik dan semampu mungkin walaupun setiap cabang perjalanan baik ke utara, ke pantai timur, atau ke selatan nemakan masa lebih dari 3 jam ( itu kalau tak jem)  dan lebih dari 300 km.....
 Sebab tu kami rasa amat sedih atau terkilan jika ada insan yang mengeluh atau merungut tidak dapat pulang menjengok ibu ayah dikampung kerana masalah jem, sibok, ada komitmen lain dan sebagainya. Ibu ayah kita tidak pernah ada alasan bila melibatkan anak-anak dan cucu, semua ditanggung dengan redha dan ikhlas, tapi anak-anak sebaliknya pula, bila sudah senang dan berada.......
Harapan aku dan doa yang tak putus, agar anak-anak kami mengambil contoh tauladan yang ditunjukkan oleh ayahnya dalam melayani dan menyantuni ibu ayah dan mertuanya......aamiin