keluargaku

keluargaku

Sunday, August 26, 2012

Raya....tapi tak rasa raya

Tak tau lah kenapa tahun ni 'mood beraya' tu tak berapa nak datang......
Persiapan  pun...ala kadar je, itupun sebab nak gembirakan anak-anak.
Rumah.... langsung takde rupa nak sambut raya, macam hari-hari biasa je.
Baju.... pakai baju yang guna masa Ana kawin .
Kuih..... buat 2 jenis je ...itupun bila dah anak-anak balik cuti nak raya baru depa buat...aku cuma jadi pemerhati saja.... yang lain... beli!
Balik kampung...Perlis je,  pakwe bagi alasan dia tak larat nak drive balik johor pulak sbb dia dah tua!! yelah tu......
Kami balik sesudah siap qiamulail malam 29 ramadhan di surau.... sedih sayu kerana ramadhan terpaksa pergi...entah sempat jumpa dengan ramadhan tahun depan   atau tidak....
Ingatkan bila bertolak pukul 330 pagi jalan tak 'jam'.... ropanya dari Slim River sampai Gopeng ' jam'!!
So, lalu jalan lama , keluar balik masuk highway kat Simpang Pulai....tapi kereta mmg banyak cuma dia tak jam je! ( tapi masih x laju mcm biasa). Sampai bukit merah pukul 5 15 pagi, sahur dalam kereta! Rn R semua sendat! Nasib baik bawa bekal nasi untuk sahur..... satu lagi, bila nak solat subuh...kena que babe! Dah bersesak gitu, masih ada ada juga umat muhammad ni yg nak solat mcm solat kat rumah....menyirap teman! Musafir, babe...buat style musafir lah...nak nak wirid lama2 balik buat kat rumah!
Alamak...... Hari rayalah..... mana boleh marah-marah!

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR  BATHIN



Monday, August 13, 2012

Rindu Sangat

Bila di ambang raya dan di penghujung ramadan ni hati selalu teringat 'mak' ( tok). Rindu sangat dengan dia. Al fatehah untuk 'mak'. Raya ni tak dapat balik nak ziarah pusara 'mak'.....
Aku duduk dengan tok sejak usia 5 tahun, bila mak dengan ayah berpisah, Sebab tu, panggilan tok dah bertukar jadi mak. Aku membesar dengan mak. Dia yang jaga makan pakai aku, yang ajar aku menjahit, yang ajar aku memasak. Sampai kan bila nak buat pilihan pasangan hidup pun aku minta tolong dengan mak!
Dulu-dulu kalau waktu macam ni, kami tengah sebok buat kueh raya. Lepas sahur aku dah kena kepok telor bagi kembang sebab mak nak buat bahulu. Mak tukang bakar, sebab aku tak suka kena asap sabut. Siap bahulu kami membancuh untuk kuih goyang pulak...aku yang kena goreng...
Sampai petang nak raya, memang mak tak berhenti-henti memasak...dan aku assistantnya.... itu yang buat aku rindu sangat dengan mak..... semoga Allah sentiasa memberi rahmatNya kepada mak.... ameen